Home / Lain - Lain / Sukan SEA Filipina 2019 : Pembinaan pusat akuatik New Clark City cecah 99% siap

Sukan SEA Filipina 2019 : Pembinaan pusat akuatik New Clark City cecah 99% siap

Jawatankuasa Penganjuran Sukan SEA Filipina sekurang-kurangnya mampu menarik nafas lega apabila pusat akuatik ni New Clark City kini mencecah 99% siap ketika beberapa projek lain masih belum mencapai tahap itu.

Lebih membanggakan projek berkenaan yang dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Malaysia MTD Group berjaya mencapai tahap awal dari perancangan sebelum majlis perasmian yang dijadual berlangsung 14 November ini.

MTD Group diberi tanggungjawab untuk membangunkan sebahagian daripada pusat pentadbiran kerajaan Filipina di New Clark City yang bernilai kira-kira RM1.8b.

Ia termasuk beberapa venue utama yang akan digunakan untuk Sukan SEA nanti iaitu Stadium Olahraga, perkampungan atlet, dan beberapa pembangunan sekitar.

Menurut duta Malaysia ke Filipina Norman Muhamad, kesemua projek berada di landasan tepat untuk siap sepenuh sebelum Sukan SEA akan membuka tirainya 30 November depan.

Projek Komplek Sukan New Clark City yang menelan kos RM709j itu mampu disiapkan sepenuhnya sebelum majlis perasmian pada 14 November.

Malah ada beberapa atlet Filipina sudah pun menggunakan sepenuhnya kemudahan di pusat akuatik yang mampu menampung 2000 penonton selain stadium olahraga yang berkapasiti 20,000 penonton.