Home / Bola Sepak / Sukan SEA Filipina 2019 : Malaysia diundi selesa di dalam kumpulan A bersama tuan rumah Filipina

Sukan SEA Filipina 2019 : Malaysia diundi selesa di dalam kumpulan A bersama tuan rumah Filipina

Debaran Sukan SEA Filipina 2019 kian dirasai kontinjen negara apabila berlangsungnya undian saingan beberapa sukan berbaki kurang dua bulan saja lagi.

Tumpuan utama semestinya bola sepak yang diibaratkan sebagai ibu segala pingat apabila Malaysia dilihat mempunyai kelebihan awal untuk membawa pulang emas berikutan terlepas daripada undian sukar menyaksikan berada bersama tuan rumah Filipina, Myanmar, Kemboja dan Timor Leste dalam kumpulan A.

Pada sesi undian yang berlangsung di Filipina, Malaysia yang kali terakhir memenangi emas pada edisi 2011 di Jakarta bakal berdepan tuan rumah Myanmar, Kemboja dan Timor Leste dalam kumpulan A.

Laluan melepasi peringkat kumpulan nampak cerah cuma ujian getir diramal bermula di separuh akhir membabitkan persaingan Thailand, Indonesia, Vietnam, Laos, Singapura dan Brunei.

Namun Datuk Ong Kim Swee mengingatkan agar tidak bersifat terlampau yakin yang boleh memakan diri memandangkan pencabar lain sentiasa bermotivasi tinggi menentang Harimau Malaya.

Kem latihan dijadual bermula 4 November menyaksikan beliau hanya mempunyai kira-kira tiga minggu saja lagi untuk membentuk pasukan.

Sebilangan besar pemain yang menganggotai skuad B23 tahun negara semalam kelayakan AFC yang lalu akan dikumpulkan semula termasuklah penyerang sensasi meningkat naik Luqman Hakim Samsudin.

Kim Swee yang membawa Malaysia ke pentas akhir di Kuala Lumpur dua tahun lalu setelah ditewaskan Thailand 0-1 juga bakal menggunakan dua pemain lebih umur seperti yang diperuntukan tetapi memberi keutamaan kepada skuad senior terlebih dahulu yang mempunyai dua perlawanan penting menentang Thailand dan Indonesia kelayakan Piala Dunia 2022 / Piala Asia 2023.