Home / Lain - Lain / SUKAN SEA Filipina 2019 : Atlet kebangsaan wajib menjalani pemeriksaan kesihatan dan mengambil vaksin

SUKAN SEA Filipina 2019 : Atlet kebangsaan wajib menjalani pemeriksaan kesihatan dan mengambil vaksin

Hampir separuh daripada atlet kebangsaan yang membawa cabaran negara ke Sukan SEA Filipina telah mengambil vaksin dan menjalani pemeriksaan kesihatan.

Institut Sukan Negara (ISN) mensasarkan semua atlet akan selesai menjalani suntikan vaksin sebelum temasya bermula bulan depan.

“Pemeriksaan penuh dan suntikan vaksin berjalan serentak. Ada atlet yang telah menjalani kedua-dua saringan dan bagi yang belum kita akan pastikan ia dibuat secara berjadual”, jelas Ketua Pegawai Eksekutif ISN Ahmad Faedzam Md Ramli.

Suntikan berkenaan diwajibkan bagi mengelak atlet dijangkiti wabak penyakit yang sedang melanda di beberapa lokasi utama acara berlangsung.

Ia selepas mengambil kira saranan yang dikeluarkan Kedutaan Malaysia di Filipina dan Kementerian Kesihatan Malaysia ketika lawatan delegasi Malaysia ke Filipina baru-baru ini.

Antara wabak yang sedang melanda Filipina ketika ini adalah demam campak.