Home / Lain - Lain / Sukan Sea 2017 dibuka penuh gemilang

Sukan Sea 2017 dibuka penuh gemilang

Perarakan Barisan atlet negara diketuai oleh Chef De Mission Datuk Marina Chin. Gambar Arep Kulal (TEAM MAS)

KUALA LUMPUR 19 August 2017 : Temasya Sukan SEA ke-29 dibuka secara rasminya dalam majlis gemilang di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Perasmian Sukan Sea 2017 yang bertemakan ‘Bangkit Bersama’ itu diserikan dengan kehadiran Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agung yang turut mencerma duli merasmikan Sukan Sea kali ini.

 

Percikan bunga api dalam pembukaan Sukan Sea 2017. Arep Kulal (TEAM MAS)

Majli disertai degan pelbagai persembahan pancaragam sebelum maskot rasmi ‘Rimau’ diperkenalkan sambil diikuti perarakan masuk 11 kontinjen negara bertanding yang membabitkan kira-kira 6,000 peserta terdiri daripada atlet dan pegawai serta agensi yang terbabit dalam persembahan.

Bermula dengan perarakan masuk kontinjen Brunei Darussalam, diikuti Kemboja, Indonesia, Laos, Filipina, Singapura, Thailand, Timor Leste, Myanmar, Vietnam dan diakhiri dengan perbarisan masuk barisan kontinjen Malaysia yang diketuai Datuk Marina Chin.

Tiga pembawa Jalur Gemilang – Azizulhasni Awang (berbasikal), Cheong Jun Hoong (terjun) dan Al Jufferi Jamari (silat) mengetuai pebarisan wira dan wirawati negara yang kelihatan segak mengenakan persalinan baju kurung pesak serta baju Melayu moden yang direka khas.

Upacara perasmian kemudian meniti kemasyhuran silam apabila bekas-bekas jaguh dan legenda sukan negara tampil di tengah-tengah stadium, diikuti upacara menaikkan bendera Persekutuan Sukan Asia Tenggara (SEAGF).

Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri membakar obor ketika majlis pembukaan Sukan SEA 2017 ke-29 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Safwan Mansor (TEAM MAS)

Selepas ucapan Presiden Persekutuan Sukan Asia Tenggara, Tunku Imran Tuanku Ja’afar, majlis dilengkapkan dengan pengumuman rasmi pembukaan temasya oleh Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V.

 

 

Majlis pembukaan diakhiri dengan perarakan masuk obor kejohanan oleh barisan atlet jaguh negara, diketuai sukan boling, diikuti berbasikal, hoki, olahraga, badminton serta terjun sebelum obor kejohanan dinyalakan oleh Nur Dhabitah Sabri sebagai simbolik bermula secara rasminya temasya ini, sebelum persekitaran Stadium Nasional Bukit Jalil diterangi dengan percikan bunga api.