Home / Lain - Lain / SUKAN PERMOTORAN DUA RODA MENJADI PASUKAN PERTAMA RENTAS NEGARA

SUKAN PERMOTORAN DUA RODA MENJADI PASUKAN PERTAMA RENTAS NEGARA

Tiga pelumba negara Adam Noorudin, Syariffudin dan Sharul menjadi kumpulan pertama dalam kalangan atlet yang mendapat pelepasan daripadan kerajaan untuk berlepas ke luar negara bagi menyertai perlumbaan hujung minggu ini.

Adam dan Syariffudin akan menyertai kejohanan Moto2 dan Moto3 eropah sementara Sharul akan beraksi di European Talent Cup di Portugal.

Ketiga-tiga mereka berlepas ke Portugal kelmarin selepas mendapat kebenaran daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Kebenaran ini pastinya melonjak lagi semangat mereka selepas tiga bulan tidak beraksi secara kompetitif dalam kategori masing-masing.

Adam dan Syariffudin akan memulakan kempen Moto2 dan Moto3 hujung minggu ini diikuti Sharul akan beraksi pada pusingan pertama di Litar Estorial 7 Julai.

Ini disusuli pusingan kedua enam hari kemudian. Selepas ini tiga lagi pelumba antaranya Khairul Idham Pawi, Kasma Daniel Kasmayudin dan Hafidz Syahrin Abdullah turut akan berlepas pada 3 Julai bagi menyertai GP Sepanyol di Litar Harez bermula 9 Julai.