Home / Lain - Lain / SUKAN MALAYSIA (SUKMA JOHOR 2020) DITANGGUHKAN

SUKAN MALAYSIA (SUKMA JOHOR 2020) DITANGGUHKAN

Teka teki penganjuran Sukan Malaysia (Sukma Johor 2020) terjawab apabila Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengumumkan temasya itu akan ditangguhkan demi kesihatan dan keselamatan atlet, jurulatih, pegawai dan semua yang terlibat.

Keputusan dibuat pada mesyuarat khas Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia secara sidang video ekoran ancaman wabak Covid-19 yang melanda Malaysia ketika ini.

Dalam mesyuarat itu juga dikenalpasti dua cadangan tarikh yang menjadi pilihan majoriti iaitu pada Disember 2020 atau pun dianjakkan pada tahun 2021 setelah mengambil kira perkara-perkara.

Perkara-perkara itu adalah seperti pemantauan berterusan perkembangan wabak Covid-19, tiada pertindihan dengan tarikh-tarikh penting yang lain seperti peperiksaan awam dan acara sukan utama dan meneliti dan mengambilkira kepentingan semua pemegang taruh SUKMA Johor 2020 khususnya negeri Johor sebagai tuan rumah.

Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia juga setuju agar tarikh baharu akan diputuskan secepat yang mungkin pada mesyuarat jawatankuasa tertinggi Sukan Malaysia yang akan datang selewat-lewatnya pada awal Mei 2020.

Untuk rekod Sukma Johor 2020 dijadualkan berlangsung dari 11 Julai hingga 24 Julai ini dengan mempertandingkan 31 jenis sukan dipertandingkan di 39 venue di 3 daerah utama negeri Johor.