Home / Lain - Lain / STL : Johor Tigris catat kemenangan ketujuh untuk kekal tangga teratas liga

STL : Johor Tigris catat kemenangan ketujuh untuk kekal tangga teratas liga

Johor Tigris menambah tujuh rekod kemenangan apabila skuad kendalian Ahmad Jais Baharom itu menewaskan KL Thunders dengan keputusan 2-1 sekaligus untuk kekal di tangga teratas liga.

Empat perlawanan berlangsung semalam dengan Johor Tigris turun terlebih awal di Stadium MABA bagi berdepan KL Thunders.

Johor Tigris dan KL Thunders yang masing-masing menduduki kelompok tiga terbaik mempunyai misi untuk menang bagi mendahului kumpulan.

Namun Johor Tigris yang dibarisi tekong Mohd Farid Abd Aziz, apit kanan Mohd Noraizat Nordin dan Mohd Muqlis Borhan selaku apit kiri menguasai set awal mengejutkan KL Thunder dengan kemenangan 21-13 pada set pertama.

Set kedua menyaksikan Thunders mula mengorak langkah untuk beraksi lebih kemas untuk menyamakan kedudukan menerusi kemenangan 21-17.

Tigris yang tidak mahu mengalah semakin bersemangat di set ketiga sekalipun Thunders meningkatkan cabaran nyata Tigris konsisten untuk menamatkan set penentuan dalam pertarungan sengit 21-17 untuk meraih kemenangan ketujuh musim ini.