Home / Bola Sepak / STADIUM SULTAN IBRAHIM DIRASMIKAN DENGAN PENUH GILANG GEMILANG

STADIUM SULTAN IBRAHIM DIRASMIKAN DENGAN PENUH GILANG GEMILANG

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan merasmikan stadium baru kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) Stadium Sultan Ibrahim.

Dengan perasmian itu JDT akan menggunakan stadium baharu untuk saingan Liga Malaysia bermula menentang Kedah dalam aksi Liga Super dan merebut Piala Sumbangsih jumaat ini.

Pembinaan Stadium Sultan Ibrahim yang menelan belanja RM200 juta itu melakar sejarah buat JDT yang ditransformasi sejak 2017 oleh pemilik JDT itu Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Stadium yang dianggap tercanggih di rantau Asia Tenggara itu boleh memuatkan 40,000 penonton.

Reka bentuk stadium yang diilhamkan daripada bentuk daun pisang itu dilengkapi dengan permukaan padang Zoysia dan menepati piawaian yang ditetapkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ia turut dilengkapi dengan sistem pencahayaan dan bunyi yang canggih. Stadium yang dibina di atas tanah yang berkeluasan 28 hektar itu adalah sebahagian daripada Bandar Sukan JDT yang akan menempatkan beberapa lagi fasiliti sukan yang lain.