Home / Bola Sepak / Stadium Sultan Ibrahim dijangka beroperasi Februari 2020

Stadium Sultan Ibrahim dijangka beroperasi Februari 2020

Stadium baharu bagi pasukan JDT yang terletak di Iskandar Puteri kini berada dalam fasa terakhir dan hampir siap.

Menurut pemilik Johor Darul Ta’zim Tunku Ismail Sultan Ibrahim stadium yang akan menjadi gelanggang baru pasukan JDT itu dijangka siap Disember tahun ini atau awal Januari tahun hadapan.

Tambah Tunku Ismail aspek kualiti padang amat dititikberatkan disamping kelengkapan dan fasiliti bagi stadium baharu yang masih dalam proses pembinaan.

Beliau juga berharap stadium baharu itu bakal menjadi stadium terbaik di rantau Asia Tenggara dalam konteks stadium bola sepak.

Stadium itu dijangka digunakan pada Februari tahun hadapan dan bakal menjadi kebanggaan penyokong dan pasukan JDT.

Stadium berkapasiti 40,000 penonton itu turut dilengkapi dengan pelbagai fasiliti dan kemudahan untuk pemain, ponyokong dan pengamal media. Ini termasuk juga dengan ruang untuk orang kenamaan.