Home / Bola Sepak / Stadium Keramat Red Giant

Stadium Keramat Red Giant

PDRMvsSel2

7 Mac 2015, SHAH ALAM : Red Giant membuktikan Stadium Shah Alam adalah stadium keramat bagi pasukan Selangor dengan membelasah The Cops 1-4 malam tadi. Kedua-dua pasukan menjadikan Stadium Shah Alam sebagai stadium home mereka pada saingan Liga Super 2015, di mana pada malam ini PDRM sebagai pasukan tuan rumah dan Selangor sebagai pasukan pelawat. Perlawanan seimbang pada separuh masa pertama namun Selangor mendahului 0-1 melalui pemain sayap Hazwan Bakri menghukum kesilapan pemain pertahanan PDRM yang tidak mengeluarkan bola dalam kotak penalti mereka.

PDRMvsSel3

Bermula wisel separuh masa kedua Selangor bermula garang dengan sekali lagi mendahului pasukan tuan rumah hasil jaringan Afiq Azmi. Namun PDRM cuba bangkit dengan jaringan pertama melalui Traore penyerang import mereka. Kemudian Abdul Hadi Yahya menambah lagi derita pasukan PDRM dengan gol ketiga selepas beberapa minit menggantikan Afiq Azmi yang kelihatan cedera. Penyerang import Selangor Guilherme De Paula pula tidak mahu ketinggalan untuk melengkapkan malam indah Selangor dengan gol keempat. Kemenangan Selangor ini merupakan mata penuh yang dikutip oleh Selangor di Stadium Shah Alam walaupun sebagai pasukan pelawat.

Gambar Oleh : Aqil Shatir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*