Home / Bola Sepak / Skuad Sukan SEA 2013 – Sudah Nampak Bayangan

Skuad Sukan SEA 2013 – Sudah Nampak Bayangan

Laporan Oleh Al-Zaem

Kesebelasan utama yang dipertaruhkan semasa bertemu Ryukyu FC. Gambar Oleh Azhari Yusop

Kesebelasan utama yang dipertaruhkan semasa bertemu Ryukyu FC. Gambar Oleh Azhari Yusop

Umumnya, para pemerhati dan penyokong arena bolasepak negara pastinya sudah nampak kerangka utama skuad Harimau Muda A (HM A) yang bakal memulakan cabaran di Sukan SEA 2013 yang bakal berlangsung lebih kurang seminggu dari sekarang.

Datuk Ong Kim Swee telah mencuba hampir kesemua pemain yang ada di dalam senarainya dan beberapa pemain telah menampilkan aksi yang memberansangkan. Skuad HM A bangkit setelah ketinggalan satu gol dalam aksi babak pertama untuk menewaskan FC Ryukyu 3-1 dalam aksi pemanas badan di Stadium MBPJ malam tadi.

Irfan Fazail pasti menjadi tunggak perancang skuad Harimau Muda ketika Sukan SEA 2013 nanti. Gambar Oleh Azhari Yusop

Irfan Fazail pasti menjadi tunggak perancang skuad Harimau Muda ketika Sukan SEA 2013 nanti. Gambar Oleh Azhari Yusop

Kim Swee meletakkan Ahmad Hazwan Bakri sebagai penyerang tunggal dengan dua pemain sayap, Ashri Chuchu dan Wan Zaharulnizam Wan Zakaria untuk membantunya. Namun, berdasarkan apa yang dipamerkan, Hazwan Bakri dilihat gagal mencapai tahap yang diinginkan apabila gagal memanfaatkan beberapa peluang yang terhidang untuknya di depan gawang.

Antaranya pada minit ke-35 dan 37 apabila bola yang dilorongkan rakan kepadanya di kawasan gol FC Ryukyu gagal disempurnakan untuk gol pertama buat skuad HM A. Kemasukkan Thamil Arasu menggantikan Wan Zaharulnizam yang tercedera menyaksikan sedikit perubahan corak permainan yang ditampilkan HM A.

Namun, HM A lebih awal ketinggalan hasil jaringan penyerang berusia 24 tahun, Shunta Takahashi pada minit ke-14 selepas Nazmi Faiz Mansor terlepas bola di bahagian tengah padang. Lorongan cantik terus diberikan kepada Shunta melewati benteng pertahanan HM A yang ditunjangi Mohd Fadhli Shas dan Shahrul Saad menyaksikan Izham Tarmizi Roslan turut tertewas.

Aksi yang lebih baik berjaya dipamerkan HM A apabila Kim Swee merombak sedikit barisan pemain sebaik perlawanan memasuki babak kedua dengan memasukkan Rozaimi Abd Rahman di posisi penyerang dan K. Reuben di pertahanan kanan menggantikan Hazwan Bakri dan Mohd Azrif Nasrulhaq.

Gandingan Rozaimi dan Thamil Aresu berjaya membawa kemenangan kepada Harimau Muda.Gambar Oleh Azhari Yusop

Gandingan Rozaimi dan Thamil Aresu berjaya membawa kemenangan kepada Harimau Muda.Gambar Oleh Azhari Yusop

Hasilnya, Rozaimi Abd Rahman berjaya menjaringkan dua gol peribadi buat HM A, masing-masing pada minit ke-50 dan ke-90 untuk meleburkan harapan FC Ryukyu menjinakkan HM A. Sebelum itu, gol penyamaan berjaya diperolehi HM A hasil tandukkan Thamil Arasu di dalam kotak penalti menewaskan penjaga gol lawan, Kenji Tanaka dua minit selepas aksi babak kedua dimulakan.

Sedikit menggusarkan apabila melihatkan kecederaan Thamil Arasu dan Wan Zaharulnizam yang memaksa kedua-dua pemain tersebut digantikan. HM A ketika ini sudah kehilangan beberapa tonggak akibat kecederaan jangka masa panjang antaranya pemenang anugerah Pemain Harapan dalam Anugerah Bolasepak Kebangsaan baru-baru ini, Junior Eldstål serta pertahanan kental Kelantan, Nik Shahrul Azim Abd Halim.

D.Savindran meraikan kejayaan Rozaimi menjaringkan gol ketiga Harimau Muda. Gambar Oleh Azhari Yusop

D.Savindran meraikan kejayaan Rozaimi menjaringkan gol ketiga Harimau Muda. Gambar Oleh Azhari Yusop

Kim Swee dijangka bakal mengumumkan senarai 20 pemain yang bakal membawa cabaran negara untuk cuba meraih hatrik pingat emas Sukan SEA dalam masa yang terdekat. Malaysia diundi dalam Kumpulan A yang turut diisi Singapura, Vietnam, Laos dan Brunei. Aksi sulung HM A adalah menentang Brunei pada 10 Disember ini.

Gambar Oleh Azhari Yusop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*