Home / Lain - Lain / SKUAD RAGBI 7 SEBELAH NEGARA TAMATKAN SAINGAN DI TEMPAT KE-6 DI KELAYAKAN SUKAN OLIMPIK TOKYO 2020

SKUAD RAGBI 7 SEBELAH NEGARA TAMATKAN SAINGAN DI TEMPAT KE-6 DI KELAYAKAN SUKAN OLIMPIK TOKYO 2020

Skuad ragbi 7 sebelah negara menamatkan saingan pada kelayakan Sukan Olimpik di tempat keenam dianggap pencapaian yang baik ketika pasukan dalam rangka persiapan mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Filipina.

Skuad negara berjaya mara ke perlawanan akhir dalam kategori Plate di Incheon walaupun terpaksa akur dengan kekalahan 14-7 kepada Sri Lanka pada perebutan klasifikasi 5/6.

Menamatkan saingan kumpulan A di tangga kedua selepas merakam kemenangan keatas Taiwan sebelum di benam Hong Kong Malaysia berjaya melangkah ke peringkat suku akhir menentang pasukan tuan rumah Korea Selatan..

Tewas 32-7 kepada Korea Selatan skuad negara bangkit pada saingan separuh akhir kategori Plate dengan berjaya mengatasi pasukan jiran yang juga lawan pada temasya Sukan SEA nanti iaitu Singapura dengan keputusan 21-7.

Bermula dengan try Mohd Amin Nazrul Zulkifli seawal minit pertama dan conversion Mohd Azuan Zuawi Azizi penguasaan Malaysia berterusan dengan Mohd Siddiq Amir Jalil dan Azuan menjadikan kedudukan 14-0 tamat separuh masa.

Dengan Anuarul Hafiz menambah try ketiga negara pada babak kedua usaha Singapura untuk bangkit menerusi try Adam Vanh jelas tidak dapat menggugat kemenangan 21-7 Malaysia untuk mara ke perlawanan akhir kategori Plate.

Bertemu Sri Lanka bagi perebutan tempat ke 5 aksi sengit disajikan kedua-dua pasukan sebelum lawan terlebih dahulu mencipta try di penghujung babak pertama.

Bersambung selepas rehat Sri Lanka berjaya menambah 7 mata lagi hasil try dan conversion untuk kedudukan semasa 14-0.

Malaysia cuba bangkit menerusi try Amirul Hazim Nasaruddin dan Azuan namun agak terlewat untuk menyekat kemenangan 14-7 memihak Sri Lanka.

Sementara itu Korea berjaya menempah tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 dengan bergelar juara menundukkan Hong Kong 12-7