Home / Hoki / SKUAD PROJEK KHAS WANITA BERDEPAN DUA KEJOHANAN BESAR PADA 2021

SKUAD PROJEK KHAS WANITA BERDEPAN DUA KEJOHANAN BESAR PADA 2021

Jurulatih skuad projek khas wanita Nasihin Nubli Ibrahim mengakui tugas getir menanti pemain-pemain negara memasuki tahun 2021.

Pasukan hoki akan berdepan dua kejohanan besar pada Mac iaitu Kejohanan Trofi Juara Juara Asia di Dohe Korea Selatan diikuti kempen Piala Remaja Asia di Kakamigahara Jepun dalam tempuh 18 hari.

Berdasarkan maklumat terkini yang dikeluarkan Kejohanan Trofi Juara Juara Asia Wanita dijadualkan berlangsung 31 Mac hingga 7 April 2021.

Ia kemudiannya disusuli dengan Kejohanan Piala Remaja Asia Wanita di Jepun bermula 11 hingga 17 April.

Perancangan teliti perlu dibuat jurulatih Nasihin Nubli Ibrahim memandangkan Malaysia kini hanya memiliki skuad projek khas bagi pasukan wanita.

Ketika ini seramai 30 orang pemain termasuk 6 pemain senior tersenarai dalam skuad projek Malaysia Tigres dengan dua kejohanan cadangan sudah dipanjangkan kepada pihak pengurusan MHC untuk menggunakan khidmat semua pemain.

Setakat ini belum ada jadual perlawanan dikeluarkan bagi perlawanan Piala Remaja Wanita Asia namun bagi saingan ACT Malaysia akan memulakan kempen menentang China diikuti India, Jepun, Korea dan Thailand.