Home / Lain - Lain / SKUAD NEGARA MASIH MENUNGGU KEPUTUSAN DARI RAGBI ASIA

SKUAD NEGARA MASIH MENUNGGU KEPUTUSAN DARI RAGBI ASIA

Mengikut takwim ragbi Asia bulan Mei adalah bulan penting buat skuad ragbi negara yang akan membuat penampilan kali ketiga dalam Kejohanan Ragbi Asia (ARC).

Berikutan penularan wabak Covid-19 yang melanda kejohanan tersebut terpaksa ditunda ke satu tarikh baharu yang belum dimuktamadkan lagi.

Bagi pengendali skuad negara Brad Mika tempoh yang dimiliki kini akan dijadikan ruang untuk memperkasakan skuad negara menerusi sasaran yang lebih tinggi.

Setakat ini belum ada tarikh akhir yang diusulkan oleh Ragbi Asia dengan perkembangan terkini hanya akan diketahui penghujung Mei nanti.

Mengikut perancangan pada bulan April skuad negara sepatutnya akan menyertai kejohanan tiga negara bersama Singapura dan Thailand diikuti kem latihan sepenuh masa semua pemain penghujung April.

Perancangan asal skuad negara akan berkunjung ke Stadium Nam Dong bagi menentang Korea Selatan pada 16 Mei sebelum beraksi di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 30 Mei.

6 Jun Malaysia akan bertandang ke Hong Kong diikuti aksi timbalbalik di Malaysia pada 20 Jun.

“Tahun depan kami mahu naik ke satu tahap lagi, bukan hanya gembira dengan kekalahan atau gembira dengan mengecilkan jumlah jaringan. Kami mahu mendapatkan penghormatan dari Korea dan Hong Kong”, ujar jurulatih negara Brad Mika.