Home / Lain - Lain / SKUAD KARATE LENGKAPI SASARAN MAKAF

SKUAD KARATE LENGKAPI SASARAN MAKAF

Skuad karate negara berjaya melepasi sasaran tiga pingat emas yang ditetapkan Perseketuan Karate Malaysia (MAKAF) di Sukan SEA Filipina 2019 selepas cemerlang menambah dua lagi pingat emas menerusi Kumite lelaki bawah 75kg dan Kata berpasukan lelaki pada hari terakhir sukan itu.

Selepas berjaya meraih dua pingat emas menerusi S.Premkumar dan P.Maduri sebelum ini skuad karate negara berjaya menambah lagi dua pingat emas bermula dengan kejayaan R.Sharmendran dalam acara Kumite bawah 75kg.

Selaku pemenang pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur Sharmendran tidak menghadapi masalah untuk menundukkan atlet Thailand Muntaen Songvut dengan kemenangan 3-0.

Juga turun selaku pemenang pingat emas di Sukan SEA Kuala Lumpur adalah menerusi acara Kata berpasukan lelaki yang memperagakan aksi yang berjaya memikat juri untuk cemerlang mengutip 25.4 mata untuk memenangi pingat emas dan Indonesia meraih perak selepas mengumpul 23.98 mata.

Secara keseluruhannya skuad karate negara berjaya meraih empat pingat emas dan tiga pingat perak sekaligus kekal juara sukan itu di temasya Sukan SEA.