Home / Lain - Lain / Skuad Floorball wanita negara layak ke penentuan pingat gangsa bertemu Filipina

Skuad Floorball wanita negara layak ke penentuan pingat gangsa bertemu Filipina

Skuad Floorball wanita negara berjaya melengkapkan aksi yang dijalankan secara liga sepusingan di tangga ketiga daripada lima pasukan selepas mencatatkan keputusan seri 4-4 menentang tuan rumah Filipina.

Keputusan ini menyaksikan skuad negara layak beraksi di penentuan pingat gangsa menentang lawan yang sama Ahad ini.

Beraksi di Metro Manila skuad floorball wanita negara bimbingan Rizal Razman bermula baik pada suku pertama apabila mendahului Filipina 1-0.

Memasuki suku kedua keghairahan skuad negara untuk terus menyerang akhirnya mengundang padah apabila Filipina yang lebih tenang berjaya menyamakan kedudukan selepas itu.

Bersambung suku ketiga aksi Malaysia-Filipina semakin rancak apabila kedua-dua pasukan saling berbalas jaringan sebelum akhirnya keputusan berakhir seri 4-4.

Sementara itu pada perkembangan sukan luncur ais, dua atlet wanita negara Aina Sofrina Mohd Aminuddin damn Chew Tze Chi sekadar meraih kedudukan ketujuh dan kelapan dalam pusingan pertama acara Short Programme.

Kedua-dua mereka mencatat 25.700 mata dan 22.800 mata.

Bagi acara polo air, skuad polo air negara tewas 7-14 kepada Indonesia pada aksi ketiga peringkat kumpulan.

Turut gagal mencatatkan kemenangan dua pasukan bola tampar pantai lelaki yang tewas kepada Indonesia 0-2, manakala pasukan wanita A tewas kepada Thailand juga 0-2.

Sementera itu skuad bola jaring mara ke perlawanan separuh akhir selepas melengkapkan tiga perlawanan peringkat awal dan menundukkan Singapura 54-49 pada aksi terakhir sekaligus semakin menghampiri misi mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Kuala Lumpur dua tahun lalu.