Home / Lain - Lain / Skuad Dodgeball Malaysia sasar untuk layak ke Piala Dunia 2020

Skuad Dodgeball Malaysia sasar untuk layak ke Piala Dunia 2020

Skuad Dodgeball Malaysia sasar untuk layak ke Piala Dunia 2020 berdasarkan latihan rapi yang telah dilakukan skuad negara ketika ini.

Berdasarkan ranking terkini pasukan lelaki dan campuran negara menduduki tempat kedua manakala pasukan wanita di ranking keempat dunia.

Skuad lelaki negara mengumpul 670 mata di belakang pendahulu, England (675) dan mengatasi Ireland Utara (572), Australia (566) dan Austria (544).

Bagi pasukan wanita, Australia di tempat pertama dengan 678 mata, diikuti England (663), Austria (657) dan Malaysia (510).

Sementara, skuad campuran mengumpul 633 mata di belakang England (720) dan mengatasi Australia (631), Austria (571) dan Amerika Syarikat (467).

Pengurus Pasukan Persekutuan Dodgeball Malaysia (MDF), Nozieka Faisal berkata, berdasarkan latihan rapi dilakukan skuad negara kini, beliau yakin sasaran mengekalkan tiga pingat emas di Kejohanan Dodgeball Asia, di Hong Kong pada Oktober depan mampu direalisasikan.