Home / Lain - Lain / Skuad Dodgeball Malaysia layak ke Piala Dunia 2020 Mesir

Skuad Dodgeball Malaysia layak ke Piala Dunia 2020 Mesir

Skuad Dodgeball Malaysia menutup kempen Kejohanan Dodgeball Asia (ADC 2019) dengan cemerlang menerusi satu kutipan pingat emas dan 3 perak di kejohanan dwitahunan yang berlangsung di Hong Kong.

Walaupun tidak menepati sasaran awal tiga pingat emas, pencapaian itu sudah memadai buat tiga pasukan negara melayakan diri ke Piala Dunia Dodgeball di Mesir tahun hadapan.

Pasukan Australia terus menjadi ancaman buat Malaysia sejak edisi terdahulu menyaksikan hanya pasukan wanita yang berjaya mencatat kemenangan.

Manakala berpasukan lelaki dan campuran tewas tipis kepada Australia di final.

Sementara itu ketua jurulatih pasukan wanita Lee Chee Chai bakal melakukan rombakan pemain bagi memantapkan lagi pasukannya menjelang Dodgeball Piala Dunia 2020 yang dijadualkan berlangsung November tahun hadapan.