Home / Bola Sepak / SKUAD BOLA SEPAK NEGARA MANFAATKAN TEMPOH REHAT YANG LAMA UNTUK MERANGKA STRATEGI BERTEMU FILIPINA

SKUAD BOLA SEPAK NEGARA MANFAATKAN TEMPOH REHAT YANG LAMA UNTUK MERANGKA STRATEGI BERTEMU FILIPINA

Skuad bola sepak B22 tahun negara perlu memanfaatkan tempoh rehat lebih panjang berbanding lawan seterusnya Filipina menjelang pertemuan kedua-dua pasukan jumaat nanti.

Berdasarkan jadual perlawanan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee memiliki tempoh rehat selama 4 hari sementara Filipina hanya mempunyao rehat 2 hari berikutan akan turun lebih awal menentang Myanmar esok.

Antara fokus Datuk Kim Swee ketika ini adalah memantau kecergasan dan kecederaan pemain serta menentukan taktikal permainan yang bakal digunakan pada perlawanan kedua menentang Filipina di Stadium Memorial Rizal jumaat ini.

Apa apa pun pengendali kelahiran Melaka itu enggan mengambil mudah berdepan Filipina sebaliknya Datuk Kim Swee tetap berwaspada dengan barisan pemain tuan rumah itu.

Sebagai rekod empat pasukan dalam kumpulan A antaranya Malaysia, Myanmar, Kemboja dan Filipina sudah beraksi pada perlawanan pertama semalam.

Bagaimanapun Myanmar dan Filipina akan turun beraksi pada perlawanan kedua esok diikuti dengan Kemboja menentang Timur Leste juga pada hari yang sama.

Kedudukan kumpilan A menyaksikan Kemboja berada di tangga teratas diikuti Malaysia, Myanmar ketiga, Filipina keempat dan Timur Leste kelima.

Filipina antara pasukan pilihan hampir dikejutkan oleh Kemboja namun menarik nafas lega menyamakan kedudukan pada lewat masa pertama permainan untuk keputusan 1-1.