Home / Lain - Lain / SKUAD BOLA JARING CATAT TIGA KEMENANGAN BERTURUT-TURUT ; SKUAD POLO CAMPURAN LAYAK KE AKHIR

SKUAD BOLA JARING CATAT TIGA KEMENANGAN BERTURUT-TURUT ; SKUAD POLO CAMPURAN LAYAK KE AKHIR

Skuad bola jaring dilihat mampu mempertahankan pingat emas yang dimenangi di Sukan SEA Kuala Lumpur selepas melakar kemenangan ketiga berturut-turut kali ini menumpaskan Brunei 69-23 dalam aksi pusingan awal.

Beraksi di Kompleks Sukan Santa Rosa Laguna skuad bola jaring negara turun menentang Brunei dengan langkah kanan apabila mendahului dengan 17-5 pada suku pertama.

Pada suku kedua skuad kendalian Tracy Robinson terus menjarakkan kedudukan 35-15 disusuli 53-18 pada suku ketiga.

Dengan kelebihan demi kelebihan yang dimiliki skuad negara terus menguasai permainan sebelum menokhtahkan kemenangan dengan 69-23 keatas Brunei.

Esok skuad bola jaring kebangsaan akan turun memulakan aksi round robin menentang musuh tradisi Singapura.

Dalam pada itu juga skuad polo campuran negara menepati ramalan untuk menghadiahkan pingat emas pertama buat kontinjen Malaysia selepas mara ke pentas final siang tadi.

Pasukan negara layak ke perlawanan akhir selepas menewaskan Brunei 8-5 .5 dan menanti mereka adalah tuan rumah Filipina 1 Disember ini.