Home / Badminton / SKUAD BADMINTON NEGARA TETAP BERSEDIA WALAUPUN PIALA THOMAS/UBER 2020 BAKAL DITUNDA SEKALI LAGI BUAT KALI KETIGA

SKUAD BADMINTON NEGARA TETAP BERSEDIA WALAUPUN PIALA THOMAS/UBER 2020 BAKAL DITUNDA SEKALI LAGI BUAT KALI KETIGA

Skuad badminton negara tetap bersedia ketika kejohanan Piala Thomas dan Piala Uber 2020 yang sepatutnya berlangsung Ogos ini dijangka ditunda buat kali ketiga dan dijadualkan semula pada Januari atau Februari tahun hadapan.

Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sekali lagi diuji hebat ketika pandemik Covid-19 yang berlaku secara global ketika ini dan kerajaan Denmark melanjutkan larangan perhimpunan awam berskala besar yang sepatutnya berakhir Ogos ke bulan Oktober.

Menurut setiausaha agung Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Datuk Kenny Goh walaupun keputusan itu belum dimuktamadkan namun pihaknya memberi jaminan pasukan negara tetap bersedia sekali pun dilanjutkan ke tarikh baharu.

“Kami kena bersedia bila-bila pun walaupun kejohanan diadakan pada Oktober atau Januari tahun hadapan. Dari segi jadual kejohanan kita terpaksa bersedia dengan kepadatan kejohanan pada bulan Januari”, ujar Datuk Kenny Goh.

Kejohanan berpasukan yang akan berlangsung di Aarhus Denmark sudah ditunda sebanyak dua kali dari 16-24 Mei lalu ke 12-15 Ogos.

Kini saingan berprestij itu sekali lagi berdepan penundaan selepas Denmark dilaporkan akan melanjutkan larangan berkenaan sehingga ujung Oktober.