Home / Bola Sepak / Skuad B18 tekad tebus kegagalan AFF dalam kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)

Skuad B18 tekad tebus kegagalan AFF dalam kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC)

Kegagalan skuad bola sepak B18 negara mempertahankan kejuaraan Kejohanan B18 AFF tidak melemahkan semangat mereka untuk berdepan satu lagi misi penting iaitu kelayakan Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) B19 hujung tahun ini.

Pengurus pasukan Datuk Kamarul Arifin Mohd Shahab berkata program persediaan yang direncana ketua jurulatih Brad Marloney sebelum menempuh pusingan kelayakan Kejuaraan AFC di Kemboja yang bermula 2-10 November depan.

Mengikut perancangan Malaysia bakal menjalani persiapan pasukan menerusi latihan di timur tengah.

Penjaring terbanyak di kejohanan AFF Luqmanh Hakim Samsudin yang mengumpul 4 gol jelas tidak dapat menyembunyikan kekecewaan selepas sekadar meraih naib juara sekaligus optimis untuk membaiki kesilapan.

Malaysia diletakkan dalam Kumpulan G bersama-sama Thailand, Brunei Darussalam, Kepulauan Mariana Utara dan tuan rumah Kemboja.

Berdasarkan format kejohanan juara daripada setiap kumpulan bertanding dan 5 pasukan kedua terbaik layak ke pusingan akhir kejohanan.

AFC bagaimanapun masih belum mengumumkan tuan rumah pusingan akhir ini.