Home / Bola Sepak / Skuad B18 negara layak ke Uzbekistan 2020

Skuad B18 negara layak ke Uzbekistan 2020

Skuad B18 negara menempah tempat ke pusingan akhir Kejuaraan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tahun depan di Uzbekistan.

Pasukan bimbingan Brad Maloney itu menewaskan Thailand 1-0 dalam aksi terakhir kumpulan G kelayakan yang berlangsung di Kemboja untuk bergelar juara kumpulan selain mengekalkan rekod kemenangan 100% dalam empat perlawanan.

Skuad negara berjaya mempamerkan permainan yang memberangsangkan di setiap babak. Jaringan Muhd Umar Hakeem ketika permainan berbaki enam minit menjadi pemisah kedua-dua pasukan membolehkan Malaysia memenangi perlawanan dengan keputusan 1-0.

Mengutip tiga mata skuad bimbingan Brad Maloney itu muncul juara pusingan kelayakan di Pnom Penh Kemboja yang turut disertai tuan rumah, Thailand, Brunei serta Kepulauan Mariana Utara sekaligus menjadi pasukan ketiga menempah tempat automatik ke saingan akhir di Uzbekistan tahun depan.