Home / Hoki / Siti Noor Amarina idam aksi di Tokyo 2020

Siti Noor Amarina idam aksi di Tokyo 2020

Kapten Skuad Hoki Wanita negara Siti Noor Amarina Ruhani tekad membantu Malaysia Tigress layak ke aksi playoff layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Jelasnya dia melihat ini adalah kemuncak kejayaannya sejak menyarung jersi kebangsaan selama 14 tahun sejak 2005.

Malaysia bagaimana pun perlu muncul dua pasukan terbaik pada pusingan akhir Siri FIH di Banbridge Ireland 8-16 Jun depan.

Malaysian Tigress tiada pilihan lain selain perlu beraksi di pentas final sekiranya mahu layak ke kempen kelayakan Sukan Olimpik.

Skuad negara diletakkan dalam Kumpulan A bersama Ireland selaku tuan rumah yang menduduki ranking ke-8, Republik Czech (19) dan Singapura (35).