Home / Lain - Lain / SIRI RAGBI ASIA 7 SEBELAH : SAIZUL SIAPKAN PASUKAN KE INCHEON

SIRI RAGBI ASIA 7 SEBELAH : SAIZUL SIAPKAN PASUKAN KE INCHEON

Tugas getir menanti Saizul Hafifi Md Nor selaku jurulatih skuad ragbi negara sekiranya Siri Ragbi 7 Sebelah Asia mungkin tetap akan diteruskan mengikut tarikh asal bermula 29 hingga 30 Ogos ini. Ogos nanti di Incheon Korea Selatan.

Menurut Saizul Hafifi latihan bersendirian tetap dilakukan ketika ini dengan setiap pemain diberikan program latihan peribadi yang perlu dilakukan di rumah.

Pemantauan dibuat secara dalam talian dengan pemain-pemain perlu menghantar video latihan kepada barisan kejurulatihan walaupun wujud kekangan dan agak sukar namun ia merupakan salah satu kaedah yang menepati situasi semasa dalam negara.

Berdasarkan kalendar ragbi Asia siri pertama ragbi 7 sebelah dijadualkan berlangsung pada 29 dan 30 Ogos di Incheon Korea Selatan.

Ini diikuti dengan siri kedua di Guizhou China dari 12 hingga 13 September sebelum saingan diteruskan dengan siri ketiga di Colombo Sri Lanka pada 26 dan 27 September.

Malaysia layak untuk beraksi dalam siri ragbi 7 sebelah Asia setelah bergelar juara trofi ragbi 7 sebelah 2019 menewaskan Singapura pada aksi akhir menerusi kemenangan 17-14.