Home / Lain - Lain / SIRI ASIA LE MANS 2020 DI LITAR ANTARABANGSA SEPANG

SIRI ASIA LE MANS 2020 DI LITAR ANTARABANGSA SEPANG

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sekali lagi menjadi tumpuan hujung minggu ini apabila buat pertama kalinya dalam sejarah litar sepanjang 5.52 km itu kan menganjurkan perlumbaan Siri Asia Le Mans pada waktu malam dan ia pastinya menawarkan pengalaman berbeza buat semua pasukan yang bertanding.

Perlumbaan Siri Asia Le Mans di Litar Antarabangsa Sepang merupakan pusingan ketiga selepas Australia dan China.

Perlumbaan endurace selama empat jam itu bakal menyingkap tirainya pada waktu malam dan ia benar-benar menguji ketahanan fizikal dan mental pemandu yang mengambil bahagian.

Antara kategori yang dipertandingkan adalah LMP2, LMP2 AM,LMP3 dan GT. Namun tumpuan pastinya terarah kepada pasukan negara Viber Niza Racing yang akan beraksi dalam kategori LMB3 dengan sandaran diletakkan di bahu dua pemandu pengalaman Douglas Khoo dan Dominic Ng.

Pelumbaan Siri Asia Le Mans akan berlangsung pada hari Sabtu jam 5.00 petang sehingga 9.00 malam.

Apa yang menarik Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengumumkan kemasukan percuma buat semua peminat.