Home / Lain - Lain / SIPMA 2019 medan atlet IPT tonjolkan potensi

SIPMA 2019 medan atlet IPT tonjolkan potensi

Selepas berjaya menganjurkan 7 edisi Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) sebelum ini, Kejohanan dwi-tahunan kejohanan SIPMA 2019 kembali dengan mempertandingkan 8 jenis sukan dengan penglibatan 2300 orang atlet.

SIPMA juga telah menjadi salahsatu medan untuk atlet mempamerkan kebolehan dan potensi mereka bersaing di peringkat yang lebih tinggi.

Penganjuran SIPMA khusus kepada atlet yang berusia 23 tahun ke bawah ini memberi ruang yang luas kepada atlet muda bersaing dalam satu kejohanan sukan.

Kejohanan dwi-tahunan ini membabitkan 8 kontinjen majlis sukan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dalam 8 jenis sukan yang dipertandingkan sejak edisi pertama.

Antaranya acara bola sepak, hoki, olahraga, badminton, skuasy, renang dan tenpin boling yang menawarkan 93 pingat emas keseluruhan.

Lebih menarik pada edisi kali ini buat pertama kalinya sukan bola jaring di perkenalkan. Beberapa sukan dijangka sengit melibatkan penglibatan atlet-atlet negara.

Majlis perasmian SIPMA disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Pendidikan Malaysia Datuk Dr Ghazali Abas.