Home / Lain - Lain / Shah Firdaus akui kesilapannya punca kegagalan trio pecut berpasukan negara

Shah Firdaus akui kesilapannya punca kegagalan trio pecut berpasukan negara

Atlet berbasikal trek negara Shah Firdaus Sahrom mengakui punca Malaysia tamatkan acara pecut berpasukan di tempat kedua tercorot adalah kesilapannya sendiri.

Menurutnya, dia gagal memulakan perlumbaan dengan keadaan baik ekoran berada dalam keadaan senget dan bergoyang kerana basikalnya tidak dipegang dengan baik oleh pegawai memegang basikal.

Pelumba dari Johor itu mengambil tanggungjawab terhadap kesilapannya itu yang menyukarkan peluang Malaysia untuk memburu slot ke Olimpik Tokyo dalam acara berkenaan.

Foto : Bernama

Pasukan yang dibentuk menerusi gandingan Azizulhasni Awang, Muhammad Shah Firdaus Sahrom serta Muhammad Fadhil Mohd. Zonis hanya mencatatkan masa 45.099 saat (s) pada aksi kelayakan sekali gus gagal mara ke pusingan pertama.

Catatan yang direkodkan itu juga adalah jauh ketinggalan dengan rekod kebangsaan yang dicipta oleh gandingan sama di Sukan Asia, Jakarta Indonesia 2018 menerusi 43.934s.

Pada perlumbaan tersebut, Belanda meraih emas apabila menamatkan perlumbaan dengan ca­tatan masa 41.923s diikuti Perancis di tempat kedua. Gangsa menjadi milik pasukan Rusia.