Home / Lain - Lain / SESI LATIHAN BERPUSAT DI BUKIT JALIL BAGI PROGRAM ROAD TO TOKYO BERJALAN LANCAR

SESI LATIHAN BERPUSAT DI BUKIT JALIL BAGI PROGRAM ROAD TO TOKYO BERJALAN LANCAR

Latihan hari pertama Road To Tokyo yang berpusat di Bukit Jalil berlangsung positif seperti yang diharapkan selepas kesemua atlet, jurulatih dan pegawai didapati bebas daripada jangkitan Covid-19.

Perasaan bercampur baur kerana ada yang agak kekok dan tidak kurang juga teruja selepas tiga bulan tidak dapat turun menjalani latihan sebenar.

Di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil perenang turun buat kali pertama sejak melaporkan diri ke Kem Road To Tokyo (RTT) Isnin lalu.

Welson Sim yang menjadi sandaran untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo sebelum ini menjalani latihan di Melbourne sejak awal tahun lalu.

Namun akibat wabak Covid-19 telah menyebabkan Majlis Sukan Negara (MSN) memanggil semula semua atlet yang berlatih di luar negara pulang ke Malaysia dan menyambung semula persiapan ditemani dua perenang Sebastian Soon.

Barisan gimastik artistik negara yang dianggotai Tan Ing Yueh, Farah Ann Abd Hadi, Tracy Ng dan Rachel Yeoh mengalami pengalaman tersendiri itu semasa melakukan latihan pertama di gimnasium 3 Majlis Sukan Negara.

Prosedur standard (SOP) yang telah ditetapkan diikuti dan disesuaikan oleh atlet serta jurulatih sepanjang sesi latihan.

Program awal tertumpu kepada latihan asas dan berhati-hati demi mengelakkan kecederaan sebelum tempuh ditingkatkan secara berfasa selepas ini.