Home / Golf / Seri Selangor Telah Bersedia !

Seri Selangor Telah Bersedia !

Petugas melakukan persiapan terakhir menjelang kejohanan golf Worldwide Selangor Masters 2014. Gambar oleh Arep Kulal

Petugas melakukan persiapan terakhir menjelang kejohanan golf Worldwide Selangor Masters 2014. Gambar oleh Arep Kulal

Kota Damansara, 14 September 2014 : Kelab Golf Seri Selangor, salah sebuah kelab golf awam di Malaysia telah bersedia untuk menganjurkan Kejohanan Golf Worldwide Holding Selangor 2014 yang akan berlangsung dari 18 hingga 21 September 2014 minggu hadapan.

Dalam satu tinjaun khas yang dilakukan  oleh wartawan kami di Kelab Golf Seri Selangor petang tadi, kerja-kerja persiapan peringkat terakhir sedang giat dijalankan  bagi menghadapi kejohanan golf yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM1.3juta. Kejohanan kali ini dijangka meriah apabila bakal disertai oleh pendahulu Order of Merit, Jelajah Asia (Asian Tour Order of Merit), David Lipsky dari USA yang baru sahaja muncul juara dalam Kejohanan Golf Omega European Masters di Switzerland, dua minggu yang lalu.

Lipsky, sudah pasti akan disaingi oleh bekas-bekas juara Selangor Masters antaranya Pariya Junhasavasdikul dan Thaworn Wiratchant dari Thailand, Angelo Que dan Antonio Lascuna dari Filipina dan pemain tempatan, bekas juara Selangor Masters 2008, Ben Leong dari Malaysia. Selain itu kejohanan kali ini turut disertai oleh bekas pemenang PGA Tour, Daniel Chopra dari Sweeden dan bekas pemain golf no 1 Asia, Arjun Atwal dari India, selain pemain-pemain ternama dalam Jelajah Asia seperti Anirban Lahiri dari India, Arnond Vongvanij dan Proom Meesawat dari Thailand dan 25 pemain golf professional negara, menjadikan penyertaan kejohanan kali ini merupakan medan persaingan paling sengit dalam sejarah kejohanan Selangor Masters.

Petugas sedang memasang label di 'buggy' menjelang kejohanan Worldwide Holdings Selangor Masters.

Petugas sedang memasang label di ‘buggy’ menjelang kejohanan Worldwide Holdings Selangor Masters.

Kejohanan Golf Selangor Masters bermula semenjak tahun 2007, dikelolakan oleh Kerajaan Negeri Selangor sebelum menyertai Jelajah Asia pada tahun 2008 dan mendapat penajaan dari Worldwide Holdings. Kelab Golf Seri Selangor merupakan lapangan asal kejohanan ini sebelum berpindah ke Kelab Golf Kota Permai pada tahun 2011. Kejohanan ini kembali ke lapangan asalnya di Kelab Golf Seri Selangor pada tahun 2013 yang lalu dan hingga kini mendapat sokongan penuh dari kerajaan negeri Selangor.

Kejohanan kali ini bakal dihadiri oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor Darul Ehsan dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Orang ramai dijemput hadir untuk menyaksikan kejohanan ini. Masuk adalah percuma.

Untuk maklumat kejohanan boleh layari laman web www.asiantour.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*