Home / Lain - Lain / Sentuhan Tracey azimat buat skuad bola jaring negara

Sentuhan Tracey azimat buat skuad bola jaring negara

Skuad bola jaring negara berjaya mendapatkan sentuhan jurulatih dari Australia iaitu Tracey Robinson sebagai persiapan menghadapi temasya dwi-tahunan Sukan SEA di Filipina.

Skuad bola jaring kebangsaan berada dilandasan tepat untuk mempertahankan pingat emas Sukan SEA kali ini selepas muncul juara dalam Kejohanan Bola Jaring Empat Negara pada Mac dan memenangi Kejohanan Bola Jaring Remaja Asia pada Julai tahun ini.

“Saya sangat gembira dengan pasukan kali ini kerana kami mempunyai enam hingga tujuh pemain yang baru memenangi Kejohanan Remaja Asia.

Mereka sudah lama bersama dan ia bagus untuk pembangunan bola jaring. Jadi dengan gabungan pemain baru dan berpengalaman, ia mampu mengimbangi pasukan ini”,ujar Tracey dengan nada komited.

Skuad bola jaring kebangsaan akan menjelajah Australia bermula di Perth (27 Ogos-2 September) dan Brisbane (10-17 September).

Ini antara persiapan terakhir Malaysia sebelum menyertai Sukan SEA 2019 yang mana Singapura pastinya menjadi halangan terbesar negara kali ini.