Home / Bola Sepak / Selangor Sah Ke Suku Akhir PM 2015

Selangor Sah Ke Suku Akhir PM 2015

SelvsTteam4

Shah ALam, 17 Oktober 2015 : Berita gembira buat juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor berjaya melangkah ke suku akhir selepas menewaskan T-Team 2-1 dengan hanya tinggal satu perlawanan lagi dalam Kumpulan C. Kemenangan tersebut menyaksikan Selangor mengumpul 10 mata selepas lima perlawanan tidak mampu lagi dihalang oleh mana-mana pasukan di dalam kumpulan C untuk muncul selaku juara kumpulan.

Keputusan seri 2-2 yang dicatatkan dalam perlawanan Kumpulan C membabitkan FELDA United dan Kelantan membantu Selangor mengesahkan tempat ke suku akhir. Selangor bermula baik dengan mendahului pasukan pelawat menerusi jaringan Andik Vermansah pada minit ke-18 namun disamakan pelawat menerusi Zarulizwan Mazlan pada minit ke-28.

SelvsTteam2

Jaringan Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-72 jelas penting buat tuan rumah untuk mengukuhkan kedudukan dan selepas itu Selangor bermain secara bertahan bagi mengekalkan kelebihan.

SelvsTteam3

Foto Oleh : Aqil Shatir/iimages

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*