Home / Bola Sepak / SELANGOR MENGHAMPIRI FASA AKHIR PERSIAPAN MENJELANG SEPAK MULA LIGA MALAYSIA 2020

SELANGOR MENGHAMPIRI FASA AKHIR PERSIAPAN MENJELANG SEPAK MULA LIGA MALAYSIA 2020

Selepas mengharungi dua perlawanan kompetitif dalam Piala Cabaran Asia 2020, B.Sathianathan merasakan pasukannya semakin menghampiri fasa terakhir sebelum memulakan saingan liga Malaysia musim ini.

Bakal memulakan perlawanan Liga Super menentang Pahang 29 Februari nanti di gelanggang lawan jurulatih Selangor itu segera mempersiapkan pasukannya dalam masa terdekat.

Dalam perkembangan lain Satianathan berharap kualiti padang di Stadium Shah Alam segera dipertingkatkan.

Foto : Zaid Ayid

Pada perlawanan perebutan Piala Cabaran Asia 2020 Selangor dan True Bangkok United bergelut untuk menyajikan permainan sebenar dalam keadaan padang yang tidak memuaskan.

Foto : Zaid Ayid

Menerusi penentuan sepakan penalti tuah akhirnya memihak kepada wakil dari Thailand itu dengan kemenangan 4-2.

Foto : Zaid Ayid

Sementara itu dalam satu lagi aksi yang berlangsung lebih awal, kelab dari Indonesia Persib Bandung berjaya menundukkan wakil Vietnam Hanoi FC 2-0.

Perlawanan ini hanya berlangsung 45 minit separuh masa pertama dan tiada aksi babak kedua berikutan hujan lebat memaksa pengadil mengumumkan perlawanan ditamatkan.

Persib Bandung yang dibimbing Robert Albert jelas mendominasi permainan dan berjaya memperolehi gol pertama pada minit ke-19 dan gol kedua pada minit ke-39.

Persib Bandung muncul pasukan ketiga terbaik selepas mengumpul 5 mata sementara Hanoi FC di tempat tercorot tanpa sebarang mata.