Home / Lain - Lain / Selangor buru kejuaraan pertama MPLF 2019

Selangor buru kejuaraan pertama MPLF 2019

Pasukan futsal wanita Selangor terus konsisten memburu kejuaraan apabila meraih kemenangan pada perlawanan kesebelas menundukkan Perak 5-1.

Bagaimana pun pasukan Kuala Lumpur mengekori rapat dengan perbezaan satu mata di belakang menjadikan perlawanan terakhir diantara Selangor dan Kuala Lumpur menjadi penentu pasukan yang bakal dinobatkan juara MPFL bagi kategori wanita untuk edisi pertama ini.

Selangor tidak menunggu lama apabila menjaringkan gol pembukaan menerusi Fathiah Shahida Azmi pada minit ke-2.

Bagaimana pun Perak sempat merapatkan kedudukan pada minit ke-9 menerusi Farhiah Ridzuan.

Dua minit kemudian Farah Ajwa Aziz menggandakan kedudukan Selangor menjadi 2-1.

Bermula separuh masa kedua Affina Azhar melebarkan jurang buat Selangor mendahului Perak 3-1 pada minit ke-26.

Selang tiga minit giliran Nazratul Amira Rosli menjaringkan gol keempat Selangor sebelum Yusnada Dewi melengkapkan gol kelima Selangor pada minit ke-34.