Home / Bola Sepak / Selangor Berputih Mata

Selangor Berputih Mata

Manaf Mamat meraikan kejayaan menjarigkan gol pada minit akhir kwaktu kecederaan.

Manaf Mamat meraikan kejayaan menjarigkan gol pada minit akhir kwaktu kecederaan.

Shah Alam, 20 Julai 2016 : Niat Pasukan Selangor untuk mengutip 3 mata daripada perlawanan kedua Kumpulan B Piala Malaysia 2016 lebur selepas penyerang simpanan pasukan Kelantan, Manaf Mamat menjaringkan gol pada minit-minit akhir perlawanan.

Jaringan tersebut membolehkan pasukan Kelantan mencatat keputusan seri 3-3 selepas ketinggalan 1-3 pada awal separuh masa kedua.

SM_4
Pasukan Kelantan yang hadir selepas kejayaan cemerlang menundukkan Terengganu 6-1 pada perlawanan Liga Super Malaysia sebelum ini memulakan perlawanan dengan rentak yang meyakinkan malah mampu mendahului selpas dua percubaan dari Wander Luiz dan Baze Llijoski pada minit ke 11 dan 13 berjaya diselamatkan oleh Norazlan Razali.

Ketika perlawanan tampak dikuasai oleh jentera tengah Kelantan, Selangor berjaya membuka jaringan melalui Mauro Olivi yang merembat masuk selepas berlaku pergelutan di hadapan gawang Kelantan. Kelantan terus dikejutkan melalui tandukan kemas Patrick Wleh pad minit ke-39 untuk membolehkan Selangor medahului dengan 2-0.

Namun kesilapan Norazlan membolehkan Kelantan merapatkan jurang jaringan melalui tendangan percuma Wander Luiz untuk menjadikan kedudukan Selangor mendahului 2-1 pada tamat separuh masa pertama. Selangor terus mengukuhkan kedudukan apabila Patrick Wleh menjaringkan gol pada miit ke 49.

SM_3
Kemasukan Wan Zack Haikal memberikan tuah untuk pasukan The Red Warriors apabila menjaringkan gol hasil rembatan cantik dari luar kotak penalti yang berjaya menewaskan Norazlan pada minit ke 72. Namun ketika mata penuh tampak bakal dimiliki pasukan Red Giants selepas serangan bertali arus Kelantan berjaya dikekang pertahanan Selangor, Manaf Mamat muncul wira dengan merembat masuk gol penyamaan bagi membuatkan Selangor berputih mata.