Home / Golf / #SEBA2016 – Kelab Golf Seri Selangor terus pacu kecemerlangan

#SEBA2016 – Kelab Golf Seri Selangor terus pacu kecemerlangan

Pengurusan Kelab Golf Seri Selangor bergambar selepas menerima anugerah 'SEBA Excellence in Public Golf Course Management'. ©KGSS

Pengurusan Kelab Golf Seri Selangor bergambar selepas menerima anugerah ‘SEBA Excellence in Public Golf Course Management’. ©KGSS

KUALA LUMPUR, 09 November 2016 : Kelab Golf Seri Selangor terus memacu kecemerlangan di dalam pengurusan kelab golf di Malaysia apabila dianugerahkan  ‘SEBA Excellence in Public Golf Course Management’ di dalam majlis malam Anugerah Selangor Excellence Business Award 2016 di bandaraya Shah Alam, Selangor malam tadi.

Kelab Golf Seri Selangor yang dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan diuruskan oleh SACC Convec Sdn. Bhd. merupakan kelab golf awam pertama di Malaysia. Mempunyai landskap dan persekitaran yang menarik, Kelab Golf Seri Selangor merupakan venue pilihan untuk kejohanan golf Jelajah Asia, Worldwide Selangor Masters semenjak tahun 2007 dan juga pernah menjadi tuan rumah untuk kejohanan-kejohanan golf bertaraf antarabangsa seperti World Cup Qualifying untuk zon Asia Pasifik.

Kelab Golf Seri Selangor. ©KGSS

Kelab Golf Seri Selangor. ©KGSS

Pengurus Besar Kelab Golf Seri Selangor, Hairul Zaini berkata pengurusan Kelab Golf Seri Selangor sentiasa berusaha meningkatkan kualiti pengurusan mereka untuk memberikan yang terbaik dalam menyediakan lapangan golf bertaraf antarabangsa untuk dinikmati oleh peminat sukan golf di Malaysia.

“Objektif kami adalah menyediakan lapangan dan fasiliti kelab yang terbaik untuk peminat sukan golf tanahair. Kami berusaha untuk menjadikan Kelab Golf Seri Selangor sebagai sebuah kelab golf awam yang mempunyai kualiti setaraf dengan kelab-kelab golf yang mempunyai nama lebih besar. Bezanya, kami adalah kelab golf awam dan lapangan serta fasiliti yang terbaik ini mampu digunakan oleh semua lapisan pencinta sukan ini. Mengekalkan kualiti bagi membolehkan ianya terus kekal sebagai kelab golf awam adalah cabaran yang besar, sudah pasti anugerah ini satu penghargaan buat kami dan pembakar semangat buat semua tenaga pengurusan dan kakitangan Kelab Golf Seri Selangor’ ujar Hairul Zaini

image010

Barisan penerima anugerah di Malam Anugerah Selangor Excellence Business Award 2016. ©KGSS

Majlis Malam Anugerah Selangor Excellence Business Award 2016 dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia yang berkolabrasi bersama The Leaders Magazine untuk mengiktiraf pencapaian dan sumbangan individu serta syarikat dari pelbagai latar belakang di dalam menjana kemajuan ekonomi  terutamanya di negeri Selangor.

Dari meja Editor SukanMalaysiadotMY, sekalung TAHNIAH buat KELAB GOLF SERI SELANGOR !