Sabah, 5 September 2014 : Pemain Thailand Sattaya Supupramai terus mengungguli PGM Sabah Championship selepas mencatatkan 5 pukulan di bawah par pada hari ketiga kejohanan. Sattaya mendahului apabila mencatatkan jumlah pukulan 11 di bawah par 205 meninggalkan pemain dari Ireland, Niall Turner dengan tiga pukulan.
Dua pemain Malaysia Berjaya menempatkan diri dalam senarai lima pemain terbaik menjelang hari terakhir kejohanan esok iaitu Arie Irawan dan Shaifubari Muda. Arie Irawan berada di tempat ketiga setelah mencatatkan jumlah pukulan 209, 7 di bawah par manakala Shaifubari menduduki tempat kelima hasil jumlah pukulan 212, 4 di bawah par.

Shaifubari berjaya menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik pada hari keiga PGM Sabah Championship.
Tempat keempat setelah tiga hari kejohanan berlangsung dimiliki oleh seorang lagi pemain Thai iaitu Pavit Tangkamolprasert.
Kedudukan pendahulu hari ketiga PGM Sabah Championship:
205 – Sattaya SUPUPRAMAI (THA) 67-71-67
208 – Niall TURNER (IRL) 71-70-67
209 – Arie IRAWAN (MAS) 69-69-71
210 – Pavit TANGKAMOLPRASERT (THA) 69-69-72
212 – Shaifubari MUDA (MAS) 74-65-73
213 – Rattanon WANNASRICHAN (THA) 73-72-68, Blair WILSON (AUS) 70-70-73, Nils FLOREN (SWE) 68-71-74
214 – Rory HIE (INA) 69-74-71, Malcolm KOKOCINSKI (SWE) 72-70-72