Home / Golf / Sattaya Juara PGM Sabah Championship 2014

Sattaya Juara PGM Sabah Championship 2014

Satttaya (Berbaju hijau) diraikan oleh pemain-pemain Thailand selepas menjuarai PGM Sabah Championship 2014.

Satttaya (Berbaju hijau) diraikan oleh pemain-pemain Thailand selepas menjuarai PGM Sabah Championship 2014.

Sabah, 6 September 2014 : Pemain Thailand Sattaya Supupramai berjaya mengekalkan penguasaan selama empat hari berturut untuk muncul sebagai juara PGM Sabah Championship selepas mencatatkan 14 pukulan di bawah par 274. Sattaya mencatatkan 69 pukulan 3 di bawah par pada hari terakhir kejohanan pada hari ketiga kejohanan.

Niall Turner muncul naib juara PGM Sabah Championship.

Niall Turner muncul naib juara PGM Sabah Championship.

Pemain dari Ireland, Niall Turner pula meneruskan kecermerlangan selepas mencatatkan jumlah pukulan keseluruhan sebanyak 277, 11 di bawah par untuk muncul sebagai naib juara.

Pavit Tangkamolprasert mengecewakan peminat sukan golf tempatan apabila memintas kedudukan Arie Irawan.

Pavit Tangkamolprasert mengecewakan peminat sukan golf tempatan apabila memintas kedudukan Arie Irawan.

Impian Malaysia untuk melihat Arie Irawan menduduki tempat ketiga berkecai selepas seorang lagi pemain Thai, Pavit Tangkamolprasert memintas beliau dengan kelebihan satu pukulan apabile mencatatkan 71 pukulan, 1 di bawah par bagi mencatatkan jumlah keseluruhan sebanyak 281, 7 di bawah par.

Kedudukan akhir PGM Sabah Championship 2014:

274 – Sattaya SUPUPRAMAI (THA) | 67-71-67-69
277 – Niall TURNER (IRL) | 71-70-67-69
281 – Pavit Tangkamolprasert (THA) | 69-69-72-71
282 – Arie IRAWAN (MAS) | 69-69-71-73
283 – Rory HIE (INA) | 69-74-71-69
Blair WILSON (AUS) | 70-70-73-70
284 – Jack Munro (AUS) | 77-69-70-68
Nils FLOREN (SWE) | 68-71-74-71
Rattanon WANNASRICHAN (THA) | 73-72-68-71
285 – Shaifubari MUDA (MAS) | 74-65-73-73

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*