Home / Golf / Sambutan 25 tahun Glenmarie Golf Club meriah.

Sambutan 25 tahun Glenmarie Golf Club meriah.

SHAH ALAM – Sambutan 25 tahun Glenmarie Golf & Country Club (GGCC) telah disambut dengan meriah pada minggu lalu apabila kemuncak acara sambutan diwarnai dengan kemeriahan Kejohanan Golf 25tahun GCCC yang berlangsung pada hari Ahad, 4 Ogos, 2019 yang lalu. Ia adalah acara terakhir yang diadakan sebagai penutup tirai bagi acara-acara yang telah berlangsung selama tiga- hari sempena ulang tahun yang ke-25. 

Seramai 260 pemain golf yang terdiri daripada ahli-ahli kelab, media, dan penaja telah bermain di kedua-dua padang golf (Garden & Valley) secara serentak. Hadiah ‘Hole-In-One’ untuk dimenangi berupa sebuah Audi Q2 dan Proton X70 serta lebih daripada 170 cabutan bertuah ditawarkan. 

Pengurus Kelab GGCC, Nor Afendi Hj Mohd Razlan berkata, “Kami sangat berbangga untuk menganjurkan acara-acara ini sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang telah menyokong GGCC sepanjang penubuhan kami”. 

Fun RUN 5km berjaya menarik penyertaan seramai 300 peserta. ©GCCC

Sambutan 25 tahun Glenmarie Golf & Country Club (GGCC) turut dimeriah kan dengan Pertandingan Memancing pada 28 Julai dan juga Pertandingan Fun RUN 5K yang diadakan pada 3 Ogos yang lalu yang menarik hampir 800 peserta dengan menawarkan hadiah lebih daripada RM70,000 untuk dimenangi sepanjang acara ini dianjurkan. 

Glenmarie Golf & Country Club secara rasminya dibuka pada 29 Januari 1994 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Mempunyai keluasan tanah sebanyak 450 ekar, GGCC dilengkapi dengan padang golf 36-lubang. GGCC telah menganjurkan pelbagai kejohanan-kejohanan besar seperti EurAsia Cup pada 2014, 2016 dan 2018. Selain itu, GGCC juga telah memenangi Kelab Golf Terbaik semasa anugerah HAPA (Hospitality Asia Platinum Awards) Malaysia, siri 2018-2020. 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai sambutan ulang tahun GGCC, sila hubungi +60378039090 atau ke laman web rasmi mereka di www.glenmariegolf.my.