Home / Lain - Lain / SAM KOMITED ANJURKAN MAJLIS RAIKAN KECEMERLANGAN ATLET DAN JASA WARTAWAN SUKAN

SAM KOMITED ANJURKAN MAJLIS RAIKAN KECEMERLANGAN ATLET DAN JASA WARTAWAN SUKAN

Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) tetap komited menganjurkan Anugerah Persatuan Penulis-Penulis Sukan (SAM) 100Plus 2019.

Anugerah ini bakal dianjurkan di auditorium Akademik Badminton di Bukit Kiara pada 12 Ogos ini.

SAM terus komited dalam menganjurkan majlis tahunan tunggal ini bagi meraikan atlet negara serta menghargai hasil kerja yang dicurahkan wartawan sukan tanahair.

Walaupun hanya terpaksa dianjurkan dalam skala kecil dimana hanya 120 orang akan hadir di majlis tersebut.

Lima calon termasuk juara Keirin dunia Mohd Azizulhasni Awang disenarai pendek bagi merebut anugerah Atlet Terbaik Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) 100Plus 2019.

Turut tercalon S.Kisona (badminton), Farrah Ann Abd Hadi (gimnastik),  Loh Choon How (wushu), dan Julian Yee (luncur ais).

Sementara bagi calon anugerah atlet paralimpik SAM pula saingan tampak sengit apabila dua juara dunia Bonnie Bunyau Gustin (powerlifting) dan S.Suresh (memanah) bakal berentap bersama seorang lagi atlet Wiro Anak Julin(memanah) serta Mohd Ziyad Zolkefli (olahraga).

Selain pengiktirafan buat atlet cemerlang negara turut dirai adalah wartawan sukan. Mereka berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan RM50,000 yang terbahagi kepada enam kategori.

Pemenang terbaik kategori ini akan akan dinobatkan sebagai penerima anugerah Siebel yang bakal membawa pulang RM7,000 beserta trofi.

Antara anugerah yang dipertandingkan adalah Laporan Berita Terbaik (Media Cetak), Laporan Berita Terbaik (Media Elektronik), Ulasan Berita Terbaik (Media Cetak), Ulasan Berita Terbaik (Media Elektronik), Laporan Khas Terbaik (Terbuka) dan Fotografi Sukan Terbaik.