Home / Hoki / SAINGAN PIALA TUN ABD RAZAK MEDAN BAGI PEMAIN REMAJA BERSAING DENGAN PEMAIN SENIOR

SAINGAN PIALA TUN ABD RAZAK MEDAN BAGI PEMAIN REMAJA BERSAING DENGAN PEMAIN SENIOR

Barisan kejurulatihan skuad hoki remaja kebangsaan terus mempersiapkan pasukan bagi menghadapi Kejuaraan Remaja Asia.

Salah satunya adalah dengan merancang memanggil beberapa muka baharu yang berpotensi pada saingan Piala Tun Abdul Razak yang berlangsung pertengahan bulan ini.

Selepas dua bulan menjalani latihan dalam norma baharu skuad hoki remaja kebangsaan akan dilepaskan ke pasukan negeri masing-masing untuk menghadapi Kejohanan Piala Tun Abd Razak dari 18 hingga 26 September ini.

Barisan pemain senior juga diberi peluang beraksi dalam kejohanan ini dan pastinya menjanjikan saingan yang hangat.

Selaku pemain yang membantu Melaka muncul juara edisi lalu Muhammad Muhibuddin Moharam akan memanfaatkan kelebihan beraksi bersama skuad remaja kebangsaan namun tidak akan mengambil mudah cabaran pasukan lain.

Kejohanan Piala Tun Abd Razak 2020 merupakan kejohanan pertama anjuran Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) selepas negara dilanda wabak Covid-19.