Home / Lain - Lain / Saddiq gesa selesaikan segera kemelut MPM

Saddiq gesa selesaikan segera kemelut MPM

Kemelut penangguhan mesyuarat tahunan (AGM) Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) perlu diselesaikan secepat mungkin sebelum hujung tahun ini.

Itu tegas Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abd Rahman sambil menggesa MPM membentuk kepimpinan baru supaya fokus menjaga kebajikan dan persiapan atlet paralimpik di temasya besar tidak terabai.

Dalam pada itu juga Syed Saddiq enggan campur tangan berhubung status bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang bertanding jawatan presiden MPM.

Ia selepas Pesuruhjaya Sukan (PJS) dalam satu rasmi yang ditandatangani ketua penolongnya Asmadi Mohamad baru-baru ini menyatakan perlantikan Khairy sebagai timbalan presiden Persekutuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia (MWRF) adalah tidak sah dan boleh dipertikaikan kesahihannya.

Pada 29 Jun lalu barisan kepimpinan baru MPM bagi penggal 2019/2023 masih kosong selepas AGM ditangguhkan ke satu tarikh yang masih belum ditetapkan sehingga kini.

Ia melibatkan dua calon merebut jawatan presiden iaitu Khairy dan pencabarnya Presiden Persatuan Canoe Malaysia Datuk Megat Shahriman Zahirudin.