Home / Golf / SACC Convec & Kelab Golf Seri Selangor raikan anak-anak yatim

SACC Convec & Kelab Golf Seri Selangor raikan anak-anak yatim

Dari kiri dlm gambar:- Nasrudin Abu Bakar (Pengurus Besar SACC, Pn Hjh Siti Zubaidah Bte Hj Abd Jabar(Ahli Lembaga Pengarah SCSB) YM Raja Muhammad ( Ahli EXCO SACC), Hairul Zaini (Pengurus BEsar KElab Golf Seri Selangor dan Tn Hj Ishak Hashim ( Ahli Exco SACC).

SHAH ALAM, 2 JUN 2016 – SACC Convec, sebuah syarikat hospitaliti yang menguruskan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) dan Kelab Golf Seri Selangor (Seri Selangor) mengambil kesempatan di bulan ramadhan ini untuk meneruskan bakti kepada masyarakat dengan meraikan 43 orang anak-anak yatim dari Rumah Amal Al-Firdaus dalam satu majlis berbuka puasa di Dewan Plenary, SACC.

Matlamat program yang bertujuan mengambil peluang melaksanakan aktiviti-aktiviti kebajikan dan merapatkan hubungan silaturrahim antara keluarga SACC Convec disamping menyumbang sempena bulan ramadhan

Pengurus Besar SACC Convec, Nasrudin Abu Bakar ketika ditemui berharap program dan sumbangan yang diberi akan menjadi lebih bermakna kepada anak-anak yatim dan sedikit sebanyak dapat menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi. Beliau juga berhasrat supaya SACC Convec dapat menyusun lebih banyak program kemasyarakatan pada masa akan datang sebagai tanda sokongan moral dan keprihatinan sosial. Selain meraikan mereka dengan majlis berbuka puasa, SACC Convec turut memberi sumbangan duit raya dan hadiah kepada semua anak yatim.

Sumbangan ini turut ditaja oleh ADABI CONSUMERS INDUSTRIES Sdn.Bhd. dan JOSHAFA Sdn.Bhd.

Menariknya dalam setiap majlis Bufet Ramadan yang dianjurkan setiap tahun oleh SACC ini ialah konsep “Berbuka Sambil Beramal”. Tahun ini, SACC telah mengambil satu lagi inisiatif untuk bekerjasama bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dalam membantu bagi mengumpul dana untuk Tabung Rescue Syria.

Setiap pembelian bufet Ramadan yang dijual dengan harga RM 88.00+, RM 1.00 akan disalurkan kepada Tabung Rescue Syria yang diamanahkan kepada SACC melalui MAPIM. Majlis berbuka puasa dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid daripada kumpulan Hijjaz dan tetamu turut menjalani ibadah solat tarawih bersama Imam Annas yang diterbangkan khas oleh MAPIM dari Syria.

Orang ramai yang bercadang untuk berbuka puasa di SACC, boleh menghubungi 03-5511885, 013 – 220 6858 atau layari www.sacc.com.my untuk tempahan dan sebarang pertanyaan. Bufet Ramadan 2017 di SACC kembali dengan tema Cita Rasa Nusantara yang telah dibuka kepada umum sejak 27 Mei hingga 22 Jun 2017 menyediakan lebih daripada 100 masakan berkonsepkan Nusantara dengan gabungan selera Malaysia.