Home / Bola Sepak / Sabah terus catat kemenangan di laman sendiri

Sabah terus catat kemenangan di laman sendiri

Foto : Darren Liew @ Sukan Malaysia

Pasukan Sabah FA berjaya menewaskan Terengganu ll FC dalam perlawanan ketiga 100Plus Liga Premier 2019 di Stadium Likas Kota Kinabalu .

Terengganu ll FC terlebih dahulu membuka tirai jaringan pada lewat separuh masa pertama melalui Mohammad Ramzi Sudian pada minit ke 39.

Kebangkitan Sabah bermula di separuh masa kedua selepas Park Tae Su pemain pertahanan dari Korea menyamakan kedudukan hasil tandukan dari sepakan sudut pada minit ke 49 .

Foto : Darren Liew @ Sukan Malaysia

Jaringan tersebut sememangnya menaikkan semangat pemain Sabah untuk mengandakan asakan ke kubu lawan , hasilnya Luka Milunovic dan Ricco Nigel Milus menambah jaringan goal pada minit ke 64 dan min ke 72 .

Foto : Darren Liew @ Sukan Malaysia