Home / Lain - Lain / Rossi puas hati

Rossi puas hati

Aksi Valentino Rossi ketika menguji jentera Yamaha semasa sessi ujian MotoGP2014. Gambar oleh Arep Kulal

Aksi Valentino Rossi ketika menguji jentera Yamaha semasa sessi ujian MotoGP2014. Gambar oleh Arep Kulal

SEPANG 5 Februari 2014 : Bekas juara dunia MotoGP, Valentino Rossi dari Itali yang menunggang untuk pasukan Yamaha Factory Racing mencatatkan masa terpantas 2:00:464saat pada hari kedua ujian Motogp2014 dalam rangka persediaan menghadapi musim baru MotoGP. Rossi yang ternyata berpuashati dengan jentera baru Yamaha memberitahu pemberita bahawa pasukannya kini telah bersedia dan berjaya mengatasi masalah sistem brek yang merupakan antara masalah yang dihadapinya pada saingan musim lalu.

‘Motor saya kini lebih baik dan kawalan sistem brek yang menjadi masalah utama pada musim lalu telah berjaya diatasi oleh jurutera pasukan. Kini saya lebih yakin untuk menunggang’ ujar Rossi.

Sessi ujian MotoGP 2014 merupakan medan untuk pasukan-pasukan yang bertanding menguji jentera dan penunggang pasukan mereka. Sessi pertama berlangsung dari 04 hingga 06 Februari dan Sessi kedua ujian akan berlangsung pada 26 hingga 28 Februari 2014 di Litar F1, Sepang, Selangor.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*