Home / Lain - Lain / RM20 juta dana KBS bantu naik taraf dan baikpulih kemudahan sukan di Kelantan

RM20 juta dana KBS bantu naik taraf dan baikpulih kemudahan sukan di Kelantan

Kementerian Belia dan Sukan memperuntukkan lebih RM20 juta tahun ini bagi membangun dan membaikpulih kemudahan infrastruktur di Kelantan.Diantara kemudahan yang akan dibina adalah beberapa padang sintetik serta menaiktaraf Stadium Sultan Muhammad ke-4 di Kota Bahru.

KBS mahu memastikan dengan kemudahan itu Kelantan mampu menganjurkan temasya Sukan Malaysia satu hari kelak.Padang sintetik itu, yang mula dibina pada pertengahan 2017 dan siap pada awal tahun ini, menelan belanja sebanyak RM2.5 juta serta yang pertama dibina di sekolah di negeri ini.

“Saya akan memastikan pada masa hadapan, bila tibanya peluang, kalau boleh kita nak anjurkan Sukan Malaysia (Sukma) di Kelantan. Bila anjur Sukma akan ada pembangunan sukan yang lebih menyeluruh dan lebih banyak dana yang diperuntukkan seperti apa yang berlaku di Perak dan Johor.

“Kita juga nak pastikan setiap kawasan di Kelantan ada pembangunan infrastruktur sukan yang secukupnya dan kita akan mengadakan kolaborasi antara Kerajaan Persekutuan dan negeri,” katanya selepas merasmikan Padang Bola Sepak Sintetik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kadok.