Home / Lain - Lain / Red Giants Team Card

Red Giants Team Card

Red Giants Team Card adalah salah satu inisiatif baru FAS bagi menghargai pemain ke-12 pasukan Selangor, iaitu para penyokong. Sokongan peminat yang tidak berbelah bagi selama ini sememangnya telah sentiasa menjadi tulang belakang pasukan ini.

Semangat dan pengorbanan ini juga turut dimanifestasikan dengan #akuredgiants daripada para penyokong dalam menunjukkan sokongan padu di mana jua mereka berada.

Platform ini disediakan bagi memberi peluang kepada penyokong untuk terlibat secara langsung dengan pasukan Selangor. Dalam masa yang sama terdapat bebeberapa kelebihan-kelebihan istimewa yang datang bersama kad ini selain menjadi identiti Red Giants dan kunci peminat ke Stadium Shah Alam.

Antaranya, dengan keahlian ini, pemilik Red Giants Team Card dapat menempah dan membeli tiket perlawanan secara online dengan harga diskaun. Team Card ini seterusnya boleh digunakan sebagai tiket perlawanan. Pemilik Red Giants Team Card juga turut dapat menempah dan membeli barangan rasmi FAS pada harga diskaun.

Yang lebih menarik lagi, pemegang Red Giants Team Card juga akan dapat berkongsi pendapat terus kepada pegawai-pegawai FAS dalam memilih dan mengambil beberapa keputusan penting bagi pasukan ini.

Tambahan lagi, Red Giants Team Card turut menyediakan perlindungan insurans kemalangan diri 24/7 di seluruh Malaysia.

Ahli juga bakal menikmati diskaun keatas barangan-barangan oleh rakan penaja.

Secara ringkasnya, manfaat Red Giants Team Card boleh didapati di bawah.