Home / Bola Sepak / Red Giant Dikecewakan Di Saat Akhir – Piala FA

Red Giant Dikecewakan Di Saat Akhir – Piala FA

Selvs Trg3

SHAH ALAM, 18 Mac 2015 : Jelas Red Giant tidak dapat mengekang semangat juang tinggi yang dipamerkan oleh semua pemain Terengganu. Selangor yang banyak menguasai permainan mendahului Terengganu 1-0 pada minit ke 22 hasil jaringan Gulherme De Paula. Terengganu yang tidak berputus asa terus berusaha dan berjaya mengikat Selangor menerusi jaringan Vincent Bikana pada minit ke 88 dan mengheret Selangor untuk bermain pada masa tambahan.

Selvs Trg2

Pada masa tambahan, semangat pemain Selangor terus pudar apabila pemain pertahanan Selangor Robert Cornthwaite yang memintas hantaran Gustavo Fabian Lopez menuju ke arah golnya sendiri. Terengganu yang semakin garang menambah satu lagi gol pada separuh masa kedua masa tambahan. Terengganu menundukkan Selangor dengan keputusan muktamad 1-3. Ini kekalah kedua Selangor kepada Terengganu selepas turut kalah di Kuala Terengganu pada aksi pembukaan Liga Super tempohari.

Gambar Oleh : Aqil Shatir

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*