Home / Bola Sepak / Red Giant dan Lang Merah Bertemu di Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2015

Red Giant dan Lang Merah Bertemu di Perlawanan Akhir TM Piala Malaysia 2015

sm5
SHAH ALAM: Misi 33 Red Giant semakin menjadi kenyataan apabila skuad kendalian Mehmet Durakovic melangkah ke final Piala Malaysia selepas menumbangkan Tok Gajah 2-0 di Stadium Shah Alam malam tadi. Selepas seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama di Stadium Darul Makmur, pada separuh akhir pertama sebelum ini, Selangor bangkit lebih garang pada 15 minit pertama, di mana Selangor mendahalui dengan rembatan padu Guilherme De Paul pada minit ke 11. Pahang yang menguasai sebahagian besar babak pertama perlawanan terpaksa dengan jaringan tersebut.

sm2
Tersentak dengan jaringan awal tersebut Pahang melancarkan serangan bertubi-tubi menerusi pemain import mereka Dickson Nwakaeme dan Matias Conti namum kecermelangan penjaga gol Selangor Norazlan Razali yang juga dinobatkan pemain terbaik pada malam tadi berjaya menangkis dan menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya.

sm1
Bersambung babak kedua, Selangor mengukuhkan kedudukan dengan menambah jaringan pada minit ke-54 menerusi Nazmi Faiz Mansor, yang sebelum itu memulakan gerakan ke arah kubu Pahang dengan bijak merembat ke kawasan kosong pintu gol Pahang. Jurulatih Pahang, Zainal Abidin Hassan menukar beberapa pemain bagi menambahkan sengat jentera serangan Tok Gajah namum Pahang seakan hilang punca untuk menembusi benteng tuan rumah yang cukup berdisiplin dan bersemangat apabila beraksi di depan 50,000 penyokong mereka.

Satu lagi perlawanan separuh akhir untuk mengisi slot ke perlawanan akhir dimenangi oleh pasukan tuan rumah juga apabila Kedah berjaya menidakkan peluang Felda United dengan kemenangan 2-1 di Stadium Darul Aman walaupon Felda berjaya mengejutkan Kedah dengan mendahului 1-0. Namun Lang Merah bangkit hasil jaringan Chidi Edeh dan Sandro Da Silva.

Gambar Oleh : Radi Mohamad

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*