Home / Lain - Lain / Ratu skuasy umum persaraan

Ratu skuasy umum persaraan

Foto : Mohd Khairol Rizal © CSN

Pemain skuasy negara Nicole Anne David mengumumkan persaraan dari arena skuasy menjelang berakhirnya musim 2018/2019 Persatuan Skuasy Professional (PSA) pada bulan Jun nanti.

Pemain berusia 35 tahun itu berkata, “Selepas lebih 20 tahun bermain skuasy untuk Malaysia, bersaing dalam kejohanan profesional dan memperolehi pencapaian yang terbaik dalam kerjayadan diiktiraf sebagai atlet skuasy wanita terbaik sepanjang masa oleh rakan-rakan saya, Saya dengan bangganya mengatakan bahawa saya bersedia dan gembira untuk mengumumkan persaraan saya pada akhir lawatan bermusim ini, “

“Ini adalah momen yang harus dilalui setiap atlet bagi untuk menerokai sepenuhnya apa yang ada untuk mereka. Saya kini berada di tahap ini dalam hidup saya, bersedia untuk mengambil lebih banyak lagi perjalanan.

“Keputusan ini telah dipikirkan sejak beberapa lama dan saya tahu ini adalah musim terakhir saya.”Fikiran dan badan saya telah berjuang untuk kekal di puncak permainan saya untuk masa yang lama saya rasa saya hanya mempunyai pusingan besar terakhir ini untuk musim akhir untuk memberikan semua yang saya ada sebelum saya memasuki seterusnya fasa hidup saya,

Pengumuman ini hadir sebelum penyertaannya di Kejohanan Dunia di Chicago, Amerika Syarikat dari 23 Feb hingga 2 Mac.

Nicol telah menamatkan kerjayanya dengan 81 siri kejuaraan PSA dari 102 pusingan.

Beliau juga menduduki ranking dunia No. 1 untuk rekod 109 bulan berturut-turut dari 2006 hingga 2015.

SELAMAT MAJU JAYA BUAT NICOL !!!